Asas grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan juga difahami oleh semua yang berminat dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik. Grafik juga meliputi imej yang berbentuk paparan. Asas grafik terdiri daripada lima elemen iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan. Setiap elemen seharusnya terdapat dalam foto mahupun video. Walau bagaimanapun, tidak semua elemen grafik terdapat dalam bahan tersebut tetapi sekurang-kurangnya terdapat lebih daripada dua elemen sudah memadai.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Reka bentuk dalaman
Rujukan: https://www.pinterest.co.uk/pin/847028642402331511/
Huraian: Berdasarkan foto di atas, elemen kesesuaian jelas kelihatan. Hal ini kerana, jenis dan saiz perabot yang digunakan bersesuaian dengan luas ruang kediaman tersebut. Susun atur perabot juga kelihatan jelas teratur dan kemas yang menampakkan ia sesuai dengan ruang tersebut. Sejambak bunga yang diletakkan di atas meja itu juga sesuai supaya meja itu tidak kelihatan kosong.
Tema: Reka bentuk dalaman
Rujukan: https://www.tokopedia.com/myzofa/sofa-ruang-tamu-minimalis-modern-tanpa-meja
Huraian: Berdasarkan gambar yang dilampirkan, jelas kelihatan elemen keseimbangan. Ianya seimbang dari sefi susunan sofa dan juga meja di susut tengah ruang itu. Bukan itu sahaja, antara sofa panjang itu juga jelas kelihatan seimbang kerana ada pembahagian di ruang tengah itu dengan meletakkan dua botol kaca dan juga beberapa barang lagi. Pandangan luar jendelanya pula, kelihatan jelas seimbang kerana terdapat bangunan-bangunan tinggi. Selain itu, di kedua-dua sudut tepinya, terdapat pasu bunga walaupun salah satu daripadanya terlindung dengan langsir, tetapi ia tetap jelas kelihatan.
Tema: Pemandangan pantai
Rujukan: https://www.mediamaya.net/gambar-pemandangan-alam/
Huraian: Gambar di atas jelas kelihatan elemen mudah. Seseorang akan mudah untuk mentafsir foto ini jika melihatnya. Ia jelas kelihatan pemandangan pantai yang membuatkan seseorang itu mudah untuk tahu. Selain itu, sekiranya meletakkan orang yang cacat penglihatan sekalipun, dia mudah untuk meneka bahawa dia berada di tepi pantai. Hal ini kerana, dia dapat merasakan angin yang bertiup dan juga bunyi ombak yang kuat.
Tema: Papan tanda
Rujukan: https://tallypress.com/fun/most-malaysians-didnt-know-these-5-things-about-our-road-signs-we-bet-you/attachment/t-know-these-5-things-about-our-road-signs-we-bet-you-4/
Huraian: Elemen teks jelas kelihatan dalam foto di atas. Hal ini kerana, terdapatnya papan tanda pada foto tersebut yang memudahkan orang untuk melihatnya sebagai panduan arah. Jenis dan saiz font yang dipaparkan juga bersesuaian. Ianya tidak terlalu besar dan juga tidak terlalu kecil untuk seseorang pemandu melihatnya.
Tema: Reka bentuk dalaman
Rujukan: https://www.pinterest.com/ahmadzahari237/cat-bilik-tidur/
No comments:
Post a Comment