Tentang Diriku


 Assalamualikum dan salam sejahtera semua kepada yang membaca ini. Nama diberi Nur Syazwani Binti Tolib. Boleh panggil Wani ja. Tapi ada juga kawan-kawan sekolah yang panggil 'Enot'. Saya pun tak faham kenapa depa panggil dengan nama tu. Nak kata muka macam Enot, ermm macam jauh beza ja. Tapi takpa lantaklah depa bak panggil apa pun, asal elok saja. Saya dilahirkan pada tanggal 24 Februari, tahun 2000 di Hospital Pakar Metro Sungai Petani, Kedah. Saya memang anak jati Kedah, tapi dialeknya takdalah sepekat orang-orang dahulu atau orang-orang yang tinggal di hulu hahahaa. Jadi, sesiapa yang nak cakap Kedah tu bolehlah kalau nak ajar sikit-sikit. Saya merupakan pelajar Tahun2, Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM). Tidak saya sangka akan menjejakkan kaki di UPM kerana memang di bangku sekolah lagi saya mengimpikan untuk nak mai belajar di UPM. Saya juga dikatakan mencipta sejarah sebab pelajar lepasan STPM SMKGC yang mai menyambungkan pelajaran di UPM ni. Kalau dak semuanya minta UPSI, UM, UKM dan sebagainya lah, termasuk senior-senior sekalipun yang dikatakan 'tidak pernah' memohon UPM. Itu apa yang diberitahu oleh cikgu-cikgu lah. Jadi, saya rasa agak berbangga di situ, hahaha.

Kalau dari segi latar belakang keluarga pula, ada 5 orang adik-beradik. Saya anak keempat dan saya juga ada kembar. Haaa menarik kan? hahaa. Kami semuanya perempuan. Bak kata orang la, hanya tunggu duit orang hantar ja, haa cenggitu kau, kau hado? hahaha. Saya ni aktif orangnya. Suka pergi bersukan walaupun hanya 2 kali seminggu. Tu dah kira paling sikit dan malas, kalau rajin setiap hari saya pi bersukan kalau tak ada kerja apa-apalah. Sebab apa saya selalu bersukan? Haaa, pertama mestilah nak kurus dan kedua saya ni bukan jenis suka duk dalam rumah ja. Rasa macam kena kurung pulak, tambah-tambah lagi masa PKP pertama tu. Erghh rasa bosan ya amat tu la tak tau nak cerita. Tapi saya tetap juga buat workout naih..

Mungkin takat ini sahaja penceritaan saya. Kalau ada amsa nanti saya akan update lain nohh. Bye.

No comments:

Post a Comment

Tugasan Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa

RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA Tugasan ini memerlukan kami untuk melakukan pembentangan berkumpulan iaitu berkaitan resensi buku Multi...