Kelas amali hari ini, prof meminta kami semua untuk melakukan satu video tiktok. Video tiktok itu diberikan tema yang sama iaitu senaman ringkas. .Video ini mesti dihantar dan dimuatnaik pada petang itu juga dan sebagai bukti melakukan video ini, kami diminta untuk menghantar link video ini kepada whatsapp prof pada pukul 6 petang. Sedikit cabaran bagi dalam menyiapkan tugasan ini kerana saya terlibat dengan sukan Sukol. Namun, saya mencari juga ruang dan masa untuk saya siapkannya.
TikTok: HFMD
Asas Videografi: One Shot 2 Layer
Video One Shot 2 Layer ini kami ambik pada hari yang sama dengan video 3 Layer. Walaupun hari sudah panas, kami tetap rakamkan video di sini kerana tidak mahu kelihatan objek bergerak di belakang. Video ini diambil sekali shoot sahaja kerana video ini kami lakukan secara spontang. Bila sudah selesai, lihat jalan gerak-geri masing-masing, ok cun semua main peranan.
Pautan Video
https://youtu.be/KwYa0gPBq-0
Kehadiran
Twitter: Ruang
Kehadiran
Instagram: Fokus
Kehadiran
Instagram: Gembira
Kehadiran
Asas Videografi: One Shot 1 Layer
Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa (2019), video one shot merupakan rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video. Video juga tidak memerlukan suntingan kecuali bahagian akhir video yang memerlukan kredit. Video one shot disertai dengan satu lagu yang sesuai. Penggambaran video tersebut menunjukkan mimik nyanyian individu ataupun kumpulan. Video one shot yang menarik menunjukkan pergerakan individu atau kumpulan yang keluar dan masuk dari sisi untuk menampakkan video yang lebih menarik. Setiap rakaman video one shot berdurasi lebih kurang 3 minit mengikut durasi lagu yang dipilih.
Yeayyy kami semua happy semasa menghasilkan video ini walaupun semua letih sebab baru sampai UPM. Walaupun idea last minit, tetapi berjalan lancar. Semua ahli pun setuju untuk pulang kampus untuk rekod bersama bagi memudahkan kerja.
Pautan Video:
https://youtu.be/FF_cAszEMvw
Kehadiran
Resensi Buku Bab 1
Pecah rekod saya boleh menghasilkan video panjang macam ni dengan sekali ambil dan sekali lafaz sahaja. Rakaman ini terpaksa saya ambil pada lewat malam iaitu pada pukul 2:30 pagi kerana pada waktu ni sahaja rumah tak bising. Tetapi bising juga kerana berlaku kecemasan pada jam 1:00 pagi. Setelah selesai semuanya, barulah saya membuat rakaman walaupun sudah barai sebab memikirkan keesokan harinya kena bangun awal sebab ada tournament bola jaring, malamnya pula naik bas balik ke UPM.
Pautan Video:
https://youtu.be/_yIwq5IW7x8
Kehadiran
Simpulan Bahasa
Bagi kelas kuliah minggu ini, kami diminta untuk menyediakan satu video bergambar simpulan bahasa yang telah dipilih oleh setiap ahli kumpulan. Semasa penghasilan video ini, terdapat sedikit salah faham antara ahli kumpulan kami. Pada mulanya, ada yang tidak memilih simpulan bahasa. Apabila editor meminta gambar untuk dihantar barulah gelabah tanya simpulan apa dan sebagainya. Tetapi, masalah itu dapat diselesaikan dengan baik.
Pautan video:
https://youtu.be/Vz4DpwVtdv8
Kehadiran
Tugasan Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa
RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA Tugasan ini memerlukan kami untuk melakukan pembentangan berkumpulan iaitu berkaitan resensi buku Multi...

-
Video setempat ini diambil pada tarikh 10 Jun di gelanggang bola tampar. Tema yang diangkat ialah sukan. Video ini diambil kebetulan saya m...
-
Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa (2019), video one shot merupakan rakaman yang dibuat tanpa menggerak...