Video seram merupakan video yang berbentuk penceritaan yang memberikan kesan yang menakutkan. Video seram biasanya melibatkan hantu atau entiti yang kelihatan atau tidak kelihatan. Video seram juga boleh melibatkan manusia namun penceritaan harus berfokus kepada seram dan menakutkan.
Saya memegang jawatan sebagai pengarah. Selaku pengarah, saya mengarah para pelakon untuk menjiwai watak apa yang saya inginkan. Saya juga mengarahkan kameraman untuk mengambil video supaya hasil video tu nampak menarik di samping memberi pendapat kepada editor kedudukan video yang nak dimasukkan. Cabaran saya dalam menghasilkan video ini ialah saya juga merupakan pelakon yang menjadi hantu. Saya asyik nak gelak saja sbb saya rasa ahh mcm pandai juga bawa watak hantu ni. Pada masa yang sama juga, saya merasakan seram sejuk semasa membuat video ini kerana diibaratkan benda tu betul2 hadir. Tapi saya hanya fikir positif sahaja.
Pautan Video
https://youtu.be/kO6J7BC-Mlo
Kehadiran
No comments:
Post a Comment