Tugasan Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa

RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

Tugasan ini memerlukan kami untuk melakukan pembentangan berkumpulan iaitu berkaitan resensi buku Multimedia dalam Bahasa bagi setiap bab. Setiap bab telah diagihkan secara adil kepada ahli kumpulan masing-masing untuk dibentangkan. Proses penyediaan slaid bagi tugasan ini juga berjalan lancar kerana setiap ahli kumpulan menjalankan tugasan masing-masing dan memberikan komitmen yang amat baik. Setiap kumpulan diberikan masa sealam 30 minit untuk membentang slaid yang dihasilkan.

Kehadiran



Tugasan Podcast

PODCAST

Tugasan podcast ini memerlukan kami untuk memilih satu podcast untuk dibentangkan. Pembentangan mengambil masa 5 minit bagi setiap individu. Podcast boleh dipilih daripada channel yang sama tetapi tajuk mestilah tidak sama dengan rakan yang lain. Kami diminta untuk menceritakan serba sedikit tentang latar belakang, keistimewaan, dan kandungan yang terdapat dalam podcast.

Pembentangan dilakukan dibuat secara individu tetapi mengikut kumpulan masing-masing. Pembentangan dimulakan dengan ahli kumpulan SaPe Production, KJK Production, Romulo Production, Atma Production, dan VA Production.

Podcast yang telah saya pilih ialah bertajuk "Kawan? Penting Ke?" daripada channel Ceri Kembang Studio dari Youtube.

Kehadiran





Ketika dan Kalimat

 Pada mulanya iaitu pada kelas kali pertama, tengok muka dan cara percakapan prof macam garang. Bila dah bercakap dan memberi penerangan tentang kursus ini, ehh macam baik pulak. Sebab  prof ada kata jangan tak buat ja kerja. Siapa buat kerja dapatlah markah yang terbaik. Tapi, bila diberi tugasan pertama, macam okay lagi. Bila dah berminggu-minggu, alamak macam banyak pulak. Dikatakan setiap minggu tu ada kerja yang perlu dilakukan dengan kadangnya bagi masa singkat, kadang bagi date line lama. Sejujurnya memang ada la merungut fasal kerja yang disuruh buat yang kadang macam tak logik, ehh apa prof ni suruh buat macam-macam, walaupun prof ada kata jangan sesekali merungut. Tapi bohonglah, pelajar mana ja yang tak merungut dan tak mengata sana sini. Itu bukan pelajar namanya hahaha. Memanglah kelas prof ni hanya santai saja, tapi kadang rasa macam ahh stressnya dengan tugasan-tugasan yang prof bagi. Ahli kumpulan ada yang buat hal walaupun masa awal bentuk tu okay je semua. tapi bila dah banyak sangat tugasan, haa adalah macam-macam hal yang berlaku. Tapi takdaklah kami bergaduh besar-besaran, cuma perselisihan faham je. Ada yang kadang bila meeting, tak respon, kadang tak bagi pendapat dan idea, ada yang jenis haaa follow je apa yang lain cakap. Ahh kadang rasa macam stress orang macam ni, tapi apakan daya kerja berkumpulan. Nak taknak kena lah lakukan yang terbaik. Tapi, apapun saya nak cakapkan kumpulan saya tu memang terbaiklah walaupun ada sikit-sikit gaduh tu, tapi alhamdulillah kerja tetap tiptop. Saya rasa setakat ini sahaja kalimat saya. Apapun saya nak nak minta maaf pada prof kerana biasalah manusia hehee ada yang tersalah cakap dan termengumpat tanpa sengaja. Apapun terima kasih prof kerana penuh sabar memberi ilmu kepada kami sepanjang kelas ini berlangsung selama 14 minggu. Terima kasih prof.


Kehadiran



Tugasan Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa

RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA Tugasan ini memerlukan kami untuk melakukan pembentangan berkumpulan iaitu berkaitan resensi buku Multi...