Pembentangan Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa

 Pada kuliah kali, Prof meminta kami untuk melakukan resensi atau ulasan buku daripada Buku Multimedia dalam Bahasa. Tugasan ini adalah secara berkumpulan. Pembentangan ini dilakukan selama 30 minit sahaja dan kami berkumpulan perlulah membahagikan masa dengan sama rata supaya tidak ada yang lebih dan yang kurang. Pembahagian tajuk juga dibahagikan sama rata.

Pautan slide:

https://drive.google.com/drive/u/0/my-drive

 Kehadiran





Pembentangan Podcast

 Podcast

Bagi kuliah minggu ini, kami diminta untuk menyediakan satu pembentangan berkaitan podcast mengenai tajuk yang telah dipilih. Tajuk tersebut hendaklah tidak boleh sama dengan ahli kelas yang lain dan sebolehnya disampaikan dalam bahasa Melayu. Kami perlu mencari satu podcast berdurasi 15 minit dan ke atas, mendengar dan memahami isi yang disampaikan, seterusnya menyediakan slaid pembentangan untuk disampaikan selama lima atau tujuh minit.

    Namun persoalannya, apa itu podcast? Podcast ialah fail digital dalam bentuk audio yang pendengar boleh dapati di pelbagai platform seperti YouTube dan Spotify. Podcast telah digunakan secara meluas oleh orang ramai untuk mendengar perkongsian pengetahuan dan pengalaman yang boleh didengari secara berulang-ulang. Malah, pendengar juga boleh mendengar podcast atas faktor fleksibiliti tanpa mengira masa dan tempat, yang jelas menunjukkan perbezaan dengan radio.

Ini merupakan pautan slide.

https://drive.google.com/drive/u/0/my-drive

Kehadiran





Infografik: Media Sosial

Prof meminta kami untuk melakukan satu infografik berkaitan kelebihan bagi setiap akaun yang telah kami wujudkan. Selain itu, prof meminta kami untuk melakukan infografik ini dengan penuh menarik dan kreativiti. Bagi saya, infografik yang say buatkan ini sudah menarik di mata saya. Sekian terima kasih.



 
Kehadiran



Asas Videografi: Video Tragedi

 Video tragedi merujuk kepada video yang melibatkan plot cerita yang memberikan kesan emosi yang tinggi. Misalnya, seperti emosi sedih, murung, terkejut dan pelbagai emosi yang negatif. Video ini seharusnya mempunyai jalan cerita yang memberi kesan dalam kehidupan seseorang. 

Kami sekumpulan telah membincangkan tragedi jenis apa yang hendak dilakonkan dan membahagikan watak untuk siapa yang perlu berlakon. Pada awalnya, berlaku percanggahan pendapat, tetapi dapat diselesaikan kerana idea masing-masing berlainan.

Pautan Video

https://youtu.be/dThR760hce4



Kehadiran



Asas Videografi: Video Seram

 Video seram merupakan video yang berbentuk penceritaan yang memberikan kesan yang menakutkan. Video seram biasanya melibatkan hantu atau entiti yang kelihatan atau tidak kelihatan. Video seram juga boleh melibatkan manusia namun penceritaan harus berfokus kepada seram dan menakutkan.

Saya memegang jawatan sebagai pengarah. Selaku pengarah, saya mengarah para pelakon untuk menjiwai watak apa yang saya inginkan. Saya juga mengarahkan kameraman untuk mengambil video supaya hasil video tu nampak menarik di samping memberi pendapat kepada editor kedudukan video yang nak dimasukkan. Cabaran saya dalam menghasilkan video ini ialah saya juga merupakan pelakon yang menjadi hantu. Saya asyik nak gelak saja sbb saya rasa ahh mcm pandai juga bawa watak hantu ni. Pada masa yang sama juga, saya merasakan seram sejuk semasa membuat video ini kerana diibaratkan benda tu betul2 hadir. Tapi saya hanya fikir positif sahaja.

Pautan Video

https://youtu.be/kO6J7BC-Mlo



Kehadiran






Asas Videografi: Video Setempat

Video setempat ini diambil pada tarikh 10 Jun  di gelanggang bola tampar. Tema yang diangkat ialah sukan. Video ini diambil kebetulan saya menghadiri latihan sukan tersebut dan teringat untuk mengambil video setempat seperti mana yang Prof. suruh lakukan. 

Pautan Video

https://www.youtube.com/watch?v=uwlRBFLKe_o&t=7s



Kehadiran



Asas Videografi: Video Dokumentari

 Kami diminta oleh prof untuk menghasilkan satu video dokumentari yang diberi masa hanya 7 minit sahaja. Prof meminta semua ahli kumpulan untuk ada dalam video tersebut. Tetapi, kumpulan kami memasukkan semua orang kerana memikirkan info atau  maklumat yang hendak disampaikan terlalu ringkas dan pendek dan akan menyebabkan maklumat itu tidak sampai kepada audiens atau pendengar. Dengan itu, kami hanya menggunakan 7 orang sahaja dalam video iaitu seorang akan bercakap dalam lingkungan 1 minit sahaja. 4 orang lagi daripada ahli kumpulan kami diberikan tugas yang bersesuaian misalnya seperti editor, idea pemilihan tajuk, dan juga penulis.

Pautan Video

https://www.youtube.com/watch?v=huAMxbXwsGE



Kehadiran



Asas Videografi: Musik Video Dua Insan

Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa (2019), video lagu merujuk kepada video yang memerlukan lakonan mengikut jalan penceritaan lirik lagu. Video lagu melibatkan pelakon yang dapat meninggalkan kesan terhadap lirik lagu tersebut. Lakonan yang dilakukan perlulah mempunyai emosi supaya penonton faham tentang jalan cerita lagu tersebut. Video lagu memerlukan suntingan yang baik supaya nampak lebih menarik.

Semasa penghasilan video ini, kami agak buntu kerana apa yang dirancang tidak menjadi. Jadi, kami terpaksa ubah rancangan. Alhamdulillah, penghasilan video ini akhirnya berjalan dengan lancar.

 Pautan Video:

https://youtu.be/LVMwQy8rx2o



Asas Videografi: Video Fokus

 Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa (2019), video fokus ataupun video tanpa wajah merujuk kepada video yang memberi tumpuan terhadap satu-satu item atau anggota badan. Video fokus mempunyai jalan cerita yang membuatkan penonton berfikir. Hal ini kerana tiada wajah yang terdapat dalam video tersebut, maka emosi tidak akan kelihatan. Oleh itu, video fokus penting dalam memberikan ruang pemahaman jalan cerita yang ingin disampaikan.

Rasa nak nangis semasa rekod video ni sebabnya jalan cerita asalnya susah untuk dilakonkan. Jadinya, semua idea last minit dan terpaksa take video banyak kali kerana ada yang nampak muka. Barang fokus pun semua dibincangkan last minit. Kiranya, video tanpa wajah ni semua last minit.. hmmm sedih betul.

 Pautan Video

https://youtu.be/uNDjwEgQugY



LinkedIn

Bagi kelas amali minggu ini, kami telah diperkenalkan berkaitan satu platform yang dikenali LikedIn. LinkedIn ialah rangkaian profesional berasaskan microblogging terbesar di dunia. Platform ini ialah tempat yang sesuai untuk meghubungkan dan mengukuhkan hubungan profesional serta mengasah kemhairan dalam memajukan kerjaya. Pada dasarnya, LinkedIn serupa dengan Facebook tetapi lebih menjurus kepada membina hubungan profesional dan perniagaan, berbanding hubungan persahabatan yang biasanya digunakan untuk berkongsi perkara peribadi tentang kehidupan seharian seperti media sosial lain. Kami juga telah diajar mengenai langkah penciptaan akaun LinkedIn serta cara untk berhubung atau 'connect' bersama pengguna yang lain.

Pautan

https://www.linkedin.com/in/nursyazwani-tolib-875b55240/



Kehadiran





Asas Videografi: One Shot 3 Layer

 Masa nak rekod video, pelbagai halangan betul. Pertama, ada ahli datang ke lokasi lambat. Kedua, ada Pak Cik kebun sedang mesin rumput, jadi bising untuk kami dengarkan lagu. Ketiga, kami terpaksa percepatkan kerana ada ahli yang nak balik ke rumah pada hari tersebut. Idea pula semua jenis datang last minit dan amsing-masing pula rasa dah barai. Lagu pun tukar last minit sebab lagu asal rasa macam susah nak dilakonkan.

Pautan Video

https://youtu.be/xKVFMsLkQ9A



Kehadiran







Tugasan Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa

RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA Tugasan ini memerlukan kami untuk melakukan pembentangan berkumpulan iaitu berkaitan resensi buku Multi...